akula

akula

Wednesday, 5 January 2011

'ko sengaja kasi malu sia kan?'

cuti sekolah habis sudah, tapi tia terasa sebab sia lagi banyak kerja dari cuti. balik kg tia pun sampai seminggu. pas tu celebrate Christmas and new year di hospital.
tapi ada satu kejadian yang buat sia terpegun masa cuti.

macam biasa kalo time cuti, inilah masa sia berjumpa dengan kawan-kawan lama, saudara-saudari jauh dan dekat... jadi masa ni lah terjadinya peristiwa ini...

jeng jeng jeng.... kebetulan sia jalan-jalan di pekan Menggatal, sia terjumpa dengan satu kawan lama yang sudah lama tia jumpa. dia pula sudah lama kahwin, dan ada anak besar sudah, dalam 6-7 tahun kali tu. masa sia terjumpa dia ni, anak-anak dia ikut dia, 2 anak lelaki yang lebih kurang besar la... jadi sia pun tegurlah anak dia (lepas betegur apa sama kawan sia ni)... "isai ngaran nu? poinsikul ko no?"... turus berubah muka kawan sia, tu budak diam ja tia menjawab. kawan sia pun cakap, "mentang-mentangla sia tingkatan 3 pun tia habis, ko sampai universiti, ko cakap Dusun sama anak sia"...
sia punyalah tekejut, "salah ka sia cakap dusun sama anak ko, ko dusun tulen juga kan? sia cakap dusun sama anak sia bah.. sia tia cakap bahasa lain." pas tu dia bilang " dia anak dusun, tia payah ajar pun misti dia pandai. kalo bahasa lain, misti kana ajar baru pandai cakap, baru buli pass exam, baru ada standard. bahasa Dusun bahasa kampung bah..."
sia pun minta maaf sambil sambung "sia pun dibesarkan dengan bahasa dusun bah, dalam keluarga kami semua cakap dusun, tia penting tu standard tu, yang penting urang hormat kita sebab kita masi sedar siapa diri kita, bangsa kita n paling penting masi tau pakai bahasa kita tanpa perlu pinjam bahasa urang lain"...

dia diam n terus jalan. sia masi terkejut sampai sekarang bila ada urang bangsa sendiri yang malu cakap bahasa sendiri. tapi kalo dorang kawin campur dengan bangsa lain, dorang akan ajar anak dorang bahasa yang satu, tapi bukan bahasa sendiri.. haih..

sia ada ramai kawan etnik asli sarawak yang bangga dengan bahasa mereka, lahir di Kuala Lumpur, membesar di Kuala Lumpur, jarang - jarang balik kg, tapi bahasa ibunda tetap lancar dan mereka tidak akan bercakap bahasa lain bila berjumpa dengan rakan sebangsa mereka.

tapi kalo urang Kadazandusun dari Sabah, siap cakap slang semenanjung lagi kunun walaupun 2-2 datang dari kampung di ulu - ulu. sia yang malu bila rakan India sia tanya ' korang takde bahasa sendiri ke? suma cakap malay ja'...

kita merdeka pada 31 Ogos 1963... tapi kita terus ikut bahasa penjajah sampai sekarang... C Arrico Jumith pakai baju sabah masa jadi juara di komanwell punya bising tu urang2 sebab tida melambangkan malaysia kunun.. tapi pasukan bolasepak malaysia masi guna harimau malaya, tia pula dorang rasa bukan malaysia...

1 comment:

stan said...

atukoi terasa saya..lol. Tapi btul la tu...saya nama ja murut, tapi nda pandai ckap murut.