akula

akula

Thursday 29 April 2010

my piece of mind..

bila sia terbaca pasal ada satu YB tu bagi cadangan supaya kaum Cina tidak perlu dibantu sebab tia undi BN, perkara pertama yang masuk dalam kepala sia ialah... Ada juga urang yang macam ni sekarang. dia tia sedarkah selama ini kita hidup dalam satu negara yang bebas. undi adalah rahsia bah, dan itu hak kita.

kalo kita tia undi sesuatu parti tu, adilkah kalo kita kena denda... kita sepatutnya bebas buat pilihan. negara kita mengamalkan demokrasi berpelembagaan, bukannya demokrasi terpimpin. ko mo duit, ko undi kami, kalo kami menang, kami bagi ko duit, kalo kami kalah, jangankan duit, muka ko, keluarga ko, kaum ko pun kami tia mo tinguk - begini kali kan pemimpin sekarang.

tapi, makin macam budak-budaklah tu pemimpin sia nampak. cepat sangat melatah dan merajuk. itulah kali kalo ramai sangat pengampu di bawah kan? mdorang mo dorang ja yang kana ikut cakap, inda mo sudah dorang mendengar cakap yang di bawah ni.

jangan balas jahat dengan jahat. itu adalah ajaran yang sia kena bagi. buat apa yang kita mo urang lain buat sama kita. buat baik sama urang lain adalah tanggunjawab kita sebagai manusia di dunia ni, tapi jangan mengharap pembalasan semasa di dunia, tapi di akhirat nanti mimang ada sudah upah yang tersembunyi.

ada satu cerita. di Papua New Guinea masi lagi ada kaum kanibal yang makan urang sekitar tahun 40-an. jadi Bishop Papua New Guinea pun hantar satu urang paderi pigi 1 kampung kanibal ni dengan harapan kaum kanibal ni buli kasi tinggal tradisi makan daging urang dan masuk Kristian.

dijadikan cerita, tia sampai satu minggu, c paderi ni kana makan oleh urang kampung ni. Bishop sangat sedih, dia pun memutuskan untuk tia mo hantar lagi paderi, sebab takut kana makan lagi. tapi, ada satu paderi yang baru kena tahbis minta sama bishop supaya dia dihantar pg ni kampung. Bishop dengan berat hati, bagi blessing la juga.

satu minggu, satu bulan tiada berita ni paderi kana makan, tiap2 minggu ni bishop dapat surat. masuk bulan ke-5, ni Bishop dapat surat dari ni paderi suru datang pigi kasi baptis semua urang di kampung tu. Bishop hepi, tapi hairan apa yang ni paderi sudah buat sama tu urang kampung.

sampai di kampung tu, selepas acara pembaptisan, c Bishop tanya la sama ketua kampung apa yang buat ni paderi buli kasi Kristian diorang. Ketua Kg ni pun jawablah ' paderi pertama yang tuan hantar, sampai-sampai ja terus paksa kami masuk Kristian. dia bilang sepa tia masuk kristian akan dibakar. kami pun marahlah, masuk kampung urang turus tunjuk diala berkuasa. tapi paderi yang baru ni bagus, dia sampai, dia jumpa sia terus minta kebenaran untuk tinggal di kampung ni. dia banyak tulung urang kampung, bercerita sama urang kampung, tia cakap bsar malah dia tia kacau ppun upacara kami. bila kami nampak muka dia sentiasa hepi, tia takut, kami tanyala apa yang buat dia begitu, dia pun menjawab sebab dia ada Yesus di dalam hati di. kami pun tertarik dan minta dia ajar pasal agama Kristian, ini yang buat kami sanggup meninggalkan agama lama kami dan terima agama baru. sebab kami tertarik dengan personaliti paderi ni'.

kesimpulannya, apapun yang kita buat, itu adalah tanggungjawab kita. dn setiap manusia mempunyai FREE WILL dorang sendiri. janganla main paksa-paksa, ugut-ugut, dan yang begitu-begitu. jangan cakap kita ni pembela bangsa Melayu padahal beza DARI dan DARIPADA pun tia tau.

sia bukan penyokong BN atau PR... sia hanyala peminat ARSENAL..

2 comments:

alexjimmy said...

btul tu saidi, klu politician macam gitu mmg narrow minded,

akudagreat said...

that is why, bagus sukung arsenal dari sukung dorang kan?