keputusan SPM dan STPM baru ja kana kasi umum,. best student pun sudah kena kasi kuar tv, ada yang happy, ada yang nangis, dan macam-macam lagi lah. suka pula sia tinguk dorang, sejuk ja hati tinguk pelajar yang berjaya..
Tapi, ada satu ja yang sia terkilan. Dalam ramai-ramai pelajar yang ditemuramah, hanya 2 urang yang ada menyebut perkataan guru semasa proses berterima kasih... yang lain cuma sebut Tuhan, ibu bapa dan kawan-kawan. malah ada yang cakap... kalo indada study group, mimang indaku dapat keputusan yang begini.
Sebagai guru, rasa terkilan lah juga bila rakan rakan guru tia pun kana recognise dia punya pengorbanan. penat bah mengajar, pas tu buat itu dan ini untuk kasi naik prestasi pelajar. belum campur ko kurikulum, aktiviti luar. bila guru bawa budak pigi pertandingan, guru akan ada juga guna duit sendiri, bila budak menang, yang dapat nama, anugerah dan macam2 lagi hanya pelajar itu sahaja.. guru akan diam terus... tapi kalau kalah, yang paling teruk ialah guru merangkap jurulatihnya.
bukanlah mo minta itu ini kan, tapi biasanya guru akan diingati bila ada kes-kes yang berkaitan dengan pelajar... pelajar merokok, urang cakap... ini mesti pasal guru merokok di sekolah depan pelajar.. pelajar mencuri, urang bilang... ini misti guru tia cukup ajar moral di sekolah... tapi bila budak berjaya dapay 14A, urang akan cakap... kalo harap cikgu ja, mustahil budak ni akan dapat begini berjaya... gagal lagi silap2... bila ada benda yang buruk, cikgu yang kana kasi salah, bila benda baik berlaku tiada pun cikgu kana sebut..
bukan apa, tapi at least a phone call to say thank you pun cukup lah, x pun ada kad terima kasih cikgu...
kalo ahli politik menang pilihanraya, siap kena julang lagi kan, tapi bila guru dapat menghasilkan seorang pelajar yang berjaya... tia pun kana peduli... mungkin pasal tu la di negara kita ni seorang ahli politik lebih dihormati dan disayangi daripada seorang ahli akademik...
1 comment:
iya kan...betul yg dikatakan itu. selalu tunggu 16 May utk terima kasih guru saja.
bila ada kes baru nama guru timbul..
pengorbanan guru. gembira dalam diam padahal nama harus dicanang!
Post a Comment