akula

akula

Monday, 22 March 2010

kesian...

keputusan SPM dan STPM baru ja kana kasi umum,. best student pun sudah kena kasi kuar tv, ada yang happy, ada yang nangis, dan macam-macam lagi lah. suka pula sia tinguk dorang, sejuk ja hati tinguk pelajar yang berjaya..

Tapi, ada satu ja yang sia terkilan. Dalam ramai-ramai pelajar yang ditemuramah, hanya 2 urang yang ada menyebut perkataan guru semasa proses berterima kasih... yang lain cuma sebut Tuhan, ibu bapa dan kawan-kawan. malah ada yang cakap... kalo indada study group, mimang indaku dapat keputusan yang begini.

Sebagai guru, rasa terkilan lah juga bila rakan rakan guru tia pun kana recognise dia punya pengorbanan. penat bah mengajar, pas tu buat itu dan ini untuk kasi naik prestasi pelajar. belum campur ko kurikulum, aktiviti luar. bila guru bawa budak pigi pertandingan, guru akan ada juga guna duit sendiri, bila budak menang, yang dapat nama, anugerah dan macam2 lagi hanya pelajar itu sahaja.. guru akan diam terus... tapi kalau kalah, yang paling teruk ialah guru merangkap jurulatihnya.

bukanlah mo minta itu ini kan, tapi biasanya guru akan diingati bila ada kes-kes yang berkaitan dengan pelajar... pelajar merokok, urang cakap... ini mesti pasal guru merokok di sekolah depan pelajar.. pelajar mencuri, urang bilang... ini misti guru tia cukup ajar moral di sekolah... tapi bila budak berjaya dapay 14A, urang akan cakap... kalo harap cikgu ja, mustahil budak ni akan dapat begini berjaya... gagal lagi silap2... bila ada benda yang buruk, cikgu yang kana kasi salah, bila benda baik berlaku tiada pun cikgu kana sebut..

bukan apa, tapi at least a phone call to say thank you pun cukup lah, x pun ada kad terima kasih cikgu...

kalo ahli politik menang pilihanraya, siap kena julang lagi kan, tapi bila guru dapat menghasilkan seorang pelajar yang berjaya... tia pun kana peduli... mungkin pasal tu la di negara kita ni seorang ahli politik lebih dihormati dan disayangi daripada seorang ahli akademik...

Tuesday, 9 February 2010

odoi dogo...

'ohuyan tomod bogia ti, duo no yahai di karud minongomot parai tidong do baino... hilod sondot ngai ri tanak wagu pakaraja, 2 da tulun sumandak ku nga au yolo siindahu... mondosi oitom osidangan tadau... tumanud kaka yolo do unduk ngadau bulan 5 ti.' atau selepas di translate... 'panat butul bah ni, sia sama tu bini ja yang p menuai padi bukit di huma. anak lelaki semua kerja di bandar, ada 2 urang anak gadis di rumah, tapi dorang t

ia mo pigi.. takut hitam kunun, lagipun dorang mo ikut unduk ngadau nati bulan 5.'
last monday, sia bawa bapa dan mama sia pigi sana bank pertanian tuaran. sampai sana, offline la pula. bapa sia pun suru tunggu, manatau sikijap bilang dia. tengah tunggu2 bapa sia tejumpa sama dia punya long lost 1st cousin dalam tu bank... apalagi bercerita la dorang... tapi dalam banyak-banyak cerita dorang... ada satu ja yang menarik perhatian sia... yang di atas tu..


sia terus geleng kepala dingar dia cakap gitu. sampai begitu sekali penangan ni unduk ngadau kan? tapi sedarkah tu anak uncle sia (kazen sia juga) yang huminodun dulu pun mindahu(turun pi kebun) juga? unduk ngadau kana buat untuk hormat si Huminodun, tapi sia pasti c Huminodn mesti sedih bila tau ada urang yang begini.

Huminodun adalah anak Kinoringan. dia mengorbankan diri supaya kaum kadazandusun murut tia mati kebuluran. pada kuburya tumbuh padi, kelapa dan jagung... dan inilah sumber makan kaum KDM sekarang. setiap kali Pesta Kaamatan diadakan, Unduk Ngadau dipertandingkan untuk 'menghormati' Huminodun...

tapi apa yang berlaku, semakin hari kita tinguk, Unduk Ngadau tia lebih dari pertanding Ratu Cantik biasa saja... yang paling cantik, putih seksi yang akan menang... pengadilnya bukan semua dari kaum KDM, jadi dorang bukan tau siapa tu Huminodun.. 2 perkara yang ada masa pertandingan Unduk Ngadau, catwalk dan soaljawab... soalan dalam Melayu dan jawapan pun dalam Melayu...

sebab itu ada yang sanggup tia turun kebun sebab takut hitam dan tia cantik lagi.. tia bulu menang unduk ngadau lagi.. dan kita sebagai kaum KDM pun makin hilang identiti... berapa ramai unduk ngadau kita yang pandai ketam padi, yang pernah turun sawah, yang pandai mangatap? hampir semua dorang tia pernah rasa harumnya padi yang ditumbuk berbanding dengan yang di mesin...dan hampir semua dorang tia kanal pun apa itu padi.. apa yang dorang tau, pigi kadai bili beras...

sia tia salahkan peserta, tapi sia lebih salahkan si penganjur, janganla guna nama urang yang sesuci Huminodun untuk buat something yang tia macam dia... kawan sia cina dari Penang pernah cakap 'menyesal sia bayar tambang p sabah tinguk pesta kaamatan, selain dari tapai dan lihing, yang lain macam perayaan biasa ja, unduk ngadau pun macam pertandingan ratu cantik, sugandoi macam pertandingan nyanyian biasa, juruacara pun cakap bahasa melayu... apa identiti KDM yang sebenar? kamu takut ka kasi tonjol? ini main pinjam2 dari urang lain... patutlah nama guna nama urang putih, cakap melayu, jarang sangat sia dingar kamu cakap dusun'... sia yang termalu sendiri...

apaun, kita pikirlah sendiri... Huminodun tidak pernah mementingkan kecantikannya, dia hanya pikir tetang macamana mo tulung bangsa dia... dan kaamatan, biarla beridentitikan KDM...bukannya Just Another Feast... biar urang kagum tinguk pesta kaamatan... jangan macam sekarang, urang tunggu kaamata sebab time tu ada minuman free..